Rupa - rupanya, tak sia- sia mama rajin mengumpul tutup botol susu dan kotak freshmilk untuk art projek dengan kakak dan abang.. 😉

Tadi, waktu nak mula memasak, sikecik nie pun sibuk jugak datang kat dapur. Bila beri periuk dan kuali yang biasa dia main, dia dah dak tak mahu. 
Terus mama terfikir untuk lambakkan tutup botol nie yang memang dikumpulkan dalam satu raga di dapur. Juga, datang dah terus datang idea untuk ajar sorting ikut warna jugak.

Misi berjaya! 💃

Maka the whole day dia pun sangat busy dengan #ilmu baru nie 🤸‍♂️🤸‍♀️🤸 

Ini ialah salah satu aktiviti yang boleh dimulakan seawal umur 18 bulan.. tapi kalau anak dah kenal warna, boleh sahaja dibuat lebih awal. 

Boleh sahaja nak beli mainan yang menggunakan konsep yang sama untuk mereka belajar, ataupun boleh juga simpan barangan terpakai ini dengan bersih, lepas tu jadikan mainan mereka.

jom #kitarsemula sambil bermain 🌱