kisah semalam di bigbadwolf 2018.


setiap tahun mama dan papa sahaja yang pegi, sebab selalunya kami bertolak lepas midnight dan balik kadang2 tu elok jea sebelum azan subuh.. sebab nak go through sesatu buku yang nak dibeli tu, ambil masa kan..


dieorang pun tak pernah nak ikut..

tapi kali nie dedua nak pegi sesangat.. jadi semalam lepas maghrib kami teruslah bertolak..


nasib mereka baik, orang tak ramai pasal kebetulan ada perlawanan bola 😁

jadi memang rileks betul kami semua kat dalam tu..


dan seperti dirancang untuk kali ini, kami memang beli buku sikit jea, dan yang best tersangatlah banyak buku latihan Bahasa Melayu kali nie.. dari darjah satu sampai ke SPM.. bermula dari RM3 sahaja...


dieorang dah besar kan, jadi kali ini banyak buku dipilihnya sendiri.. boleh tahan lama dibeleknya satu persatu buku tu.. layankan jealah.. 


mujurlah sikecik takde meragam langsung time tu..

kami tak selama seperti kebiasaan pun kali nie, 


apepun puas la membeli.. harap next year ada lagi buku latihan tempatan semurah itu dijual.. 😁

bolehlah borong lagi.