Lawatan kami ke MinNature Malaysia di Summit USJ dan memang best!😁 


Dah lama kami plan nak datang sini. Nasib baik waktu ke Malaysian Hobby Expo last time ada mereka buka booth dan dapat beli tiket ke sini pada harga offer... selepas 5 bulan, baru berkesempatan untuk pergi.. 😅


Anak bujang waktu kami cakap nak ke sini, dia yang kata tak minat nak pegi, padahal setau kami dia suka sangat pada objek miniature. Sebab selalunya kalau pergi ke mall mesti kena layankan / menunggu dia tengok model rumah untuk dijual kat situ. 

Orang yang paling tak mahu pergi, akhirnya orang yang paling lambat keluar.. 💆




Bayangkan mama dan anak dara & anak dara mini siap lepak luar tempat pameran dan beli popcorn kat GSC sebab layankan dia nak tawaf dan tengok satu2 dengan papa.. total masa mereka kat dalam tu dalam 2 jam kott! 🤓


Anyways, tiket hujung tahun memang murah..ada diskaun.. jadinya sama jea dengan harga offer yang kami beli di expo haritu.. 😁 


Disana boleh amik gamba dan video semua.. yang tak boleh usik bahan pameran.. 🙅 Bahan pameran pun best, interaktif, macam kat Petrosains, picit sana, tekan sini dan nanti boleh nampak hasilnya.

Apapun, Alhamdulilah.. banyak sangat yang kami dapat belajar arinie 😉 dari sejarah, general knowledge, geography dan banyak lagi!

kalau ada kesempatan, bawaklah anak2 yea ✌️