Kami saja jea cuba makan di restoran ini sebab dekat dengan rumah.

Restoran ini berkonsepkan layan diri.. dan satay dijual dalam bentuk set siap air.

Masa order tu, terbanyangkan satay biasa tu dengan kuah kacang. Tapi bila sampai kat meja tu.. 

wow jugak la kat presentation-nya.. lepas tu kagum pulak kat rasanya.. betul lain dari yang lain..

Air / sos cicah satay tu memang unik.. teringat macam makan "harimau menangis" yang viral dulu tu,

Air berry tu pun siap ada pudina dan limau.. memang sedaplah.

Coffee tu freshly brewed tau.. harga memang mampu beli 🤑

Restoran Satay Bung Meen memang ngam kalau sesapa kat datang area Bangi wonderland dan mahukan kelainan dalam menikmati satay.. boleh jea singgah sini..

restoran bersih, pekerja cekap, memang highly recommended 👍