Ini ialah menu breakfast kesukaan sejak akhir - akhir ini.

Kisahnya setiapkali bila breastfeeding (bf) anak, lepas tu, bila terlambat makan memang jadi mengigil.. yelah lepas bf tu kita baru nak start masak, dah rasa lapar melampau. 

Mama tot ada pergi buat blood test, memang every year ada buat, nak tengok kan keadaan dalaman kita macam mana.. 
Salah satu masalah hasil test result ialah kekurangan gula.. masa dengar tu macam terkejut, selalunya dengar terlebih gula, diabetes, tapi doktor kata gula kurang.. 

Memangla mama tot nie jaga sesangat gula intake.. semua gula kat rumah yang organik atau pun low g.i ataupun gula merah... tapi tak sangka la sampai kekurangan gula... 

Tapi bila dapat green light dari doktor tu takdelah pulak nak bantai makan gula secara melampau pulak.. hahaha.. 



So sambung cerita, lepas asyik mengigil tu, waktu pagi.. breakfast dulu dengan ini dan lepas tu bf anak.. bila dah start makan menu oat masak susu dan pisang nie.. dan sejak diamalkan sejak beberapa bulan, memang rasa ok sesangat bila terlambat makan.. takde dah mengigil macam nak pitam.. 



Resepi oat  nie simple sangat, hanya masakkan oat (organic oats, instant oats) dengan susu dan pisang, kacau sampai pekat dan ditambah buah2an yang ada kat rumah tu.. buah - buahan ini semua kidnap buah anakdaramini 🤭

Itu je la.. sedap dimakan sebagai breakfast dan kadang - kadang snek petang..