Seawal selepas solat subuh kami terus keluar untuk ke Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam dari Hotel The Bed yang mengambil masa tak sampai 10 minit untuk sampai ke sana.

Barang kami dah simpan dalam kereta awal - awal lagi dan tunggu waktu solat sahaja untuk terus keluar. Nampak banyak lori diwaktu pagi yang nak masuk ke Thailand.

Waktu sampai tu memang tak banyak kereta, sampaikan waktu kami lalu kat imigresen tu kami sahaja yang ada. Juga waktu melintas sempadan Thailand, kami sahaja yang mereka check. Alhamdulillah semuanya went smoothly.

Waktu pemeriksaan pertama, kami sekeluarga masuk dan diminta turun kereta, semuanya ok, sikecil tengah tidur pun pegawai hanya minta turunkan cermin sahaja untuk lihat wajah. Cuma masalah kami bermula sewaktu menghantar borang kereta di kastam Thailand. 

Rupa - rupanya sewaktu arwah bapa mertua yang pernah masuk dengan kereta ini lebih kurang 11 tahun dulu, beliau terlupa untuk memulangkan borang keluar sempadan tu. Jadi kami kena bayar denda THB2200 atau lebih kurang RM300. Nasib baik bayar denda sahaja, buatnya kena tahan ke ape.. cuak jugak papa tot waktu tu. 

Apepun syukur Alhamdulillah. Pegawai yang bertugas pun semuanya ok, sopan walaupun sepatah bahasa inggeris ataupun bahasa melayu mereka tak tahu. 


Selesai semuanya, kami dapatlah melepasi sempadan dengan gembira. Sewaktu  menjejakkan kaki ke tanah Siam, matahari yang baru naik. Memang cantik sungguh keadaan diwaktu itu.


Perkara pertama yang kena buat bila sampai negara orang, top up simkad. Mama tot turun di area Dannok untuk top up simkad yang ada. Kebetulan kawan papa tot baru balik dari Krabi sebulan sebelum tu dan simkad beliau masih aktif. Jadi beliau kasi kami simkad tu dan kami cuma top up sahaja untuk penggunaan sepanjang di Thailand.



Kami top up pakej happy tourist ini. Pakej yang berharga 299 baht. Mereka dikedai yang topup kan. Pakej nie lebih kurang RM39 dan unlimited untuk 8 hari. Kami pun ramai jadi semua boleh pakai, kami bawak wifi router. 


Internet memang murah dan laju.. Puas hati anak - anak layan Youtube dan juga mak melayan drama melayu online sepanjang perjalanan kami. Takde la boring kan. 

Kami teruskan perjalanan sehingga ke satu tempat untuk membeli breakfast. Haa waktu di Thailand ialah satu jam lewat dari Malaysia. Jadi waktu tu disitu baru nak bermula harinya.


Kami melalui Songkhla dan keliling kelalang sangat sejuk dan berkabus. Seronok betul tengok kanak - kanak nak pergi ke sekolah, dan yang dewasa mula keluar mencari breakfast.


Semakin lama kami berjalan semakin panas dan kami pun berasa lapar, maka kami pun terus berhenti ditepi jalan untuk breakfast. Nak cari kedai halal di area Songkhla nie tak sesusah mana sebab ramai muslim, dan cari gerai yang sekeluarga pakai tudung. Tiada masalah. 


Yang kami ambil gambar nie anak perempuan dia ala tomboy, mak, kakaknya semua bertudung labuh dan yang datang beli kebanyakkan orang yang bertudung. 

Makan kat sini memang sedap! Cuma masalah komunikasi yang melampau jadi susah betul haaa.. Nasib ada seorang lelaki disini boleh cakap sikit bahasa melayu. Tapi bila mintak bungkuskan bubur, dia angguk tapi dia bungkuskan nasi. memang lawak.


Dari segi kebersihan, memang tip top, tengokla alat pembakar tu, memang kering dan berkilat, itu belum kira lantai, kawasan rumah tempat mereka berniaga ini, semuanya bersih. 

Satu perkara yang resepek kat warga Thai ini, mereka pembersih. Warung - warung tepi jalan kalau tak digunakan dicover dengan kain hitam keliling, jadi tak nampak dalam kedai tu dan nampak kemas sesangat.



Maka kami teruskan perjalanan ke Krabi dan ada singgah berhenti di Trang untuk ambil gambar di taman Andaman Cyclist Trang.



Banyak replika basikal gergasi disini dan gigihla kami mengambil gambar satu keluarga.



Selepas singgah di Trang ini, kami teruskan perjalanan ke Krabi yang tinggal lagi 2 jam dari sini.

Bersambung ke Jalan - Jalan : Kuala Lumpur ke Krabi #3