Siapa tak suka sup daging Kedah yang memang meriah dan sedap. Kena pulak dengan sambalnya tu.. pergh..

Waktu di Changloon, kami ke Kompleks Changloon untuk beli sedikit barang sebelum masuk ke Thailand esoknya. Waktu tu dah petang, dan rasa lapar, kami pun tengok ada gerai berhadapan Fairy Hot Bread & Cake House di tingkat bawah bahagian luar kompleks. 

Kami pun cubalah.. memang sedap!




Harga pun ok, dengan daging segenggam melimpah ruah. Sambal cili yang pedas dan pekat. Memang rasa berbaloi sangat makan kat sini. Patutla ramai orang walaupun gerai kecil sahaja. 

Tauke pun sangat peramah dan servis dari kesemua staff memang bagus.

Pada yang nak mencuba, kami tak ingat nama gerai, tapi boleh saja waze Kompleks Changloon C-mart dan lihat depan bakeri Fairy Hot Bread tu yea.