Cake in mug ini dibakar menggunakan microwave biasa sahaja tau.. bukan jenis yang ada convection oven tu.

Dalam YouTube kata 2 minit.. anak - anak kami cuba dengan papanya katanya 4 minit baru dapat gebu gebas begini.

Jadinya untuk pembakaran sempurna, ikut jenis oven kita juga.

Untuk buat kek nie, kami blend pun pakai hand blender jea. tak pakai mixer, dan memang tak disangka - sangka sekali results dia seriously gebunyaa.

Jadi lepas nie musim kek bermula di rumah ler bila dah boleh masak microwave yang biasa - biasa nie sahaja.. yang bestnya tu sebab boleh tukar gula putih tu kepada gula organic or raw sugar..

Anak bujang dah bawak 2 mugs turun nak jamu kengkawan dia kat bawah tu 😂😂😂

Resepi ambil dari facebook, dan sepatutnya kek marble, kami tambahkan serbuk koko.

Resepi Kek Butter Marble



250gm buttercup (butter mahal harga jual pon mahal)
180g gula castor
5 biji telur (gredA 4 biji dah cukup)
250 gm tepg naik sndri
120ml susu cair@susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil butter oil ( rahsia utk kek butter yg sedap dan bau yg mengancam. tgk pic butter oil dikomen)👍🏻
@ boleh masukkan esen kesukaan anda pandan, coklat dll. 👌🏻
Pewarna kesukaan




1. Mix butter & gula sampai kembang putih berkrim (anggaran 7-10mnt)
2. Masukkan esen vanila dan butter oil
3. Masuk telur 1 per 1 ...mix 1 minit baru masuk sbiji lg..buat sampai habis
4. Masukkan tepung selang seli dgn fresh milk sampai habis. Pukul sebati.
5. Bahagi 3 bekas utk 3 warna berlainan... utk masukkan warna kesukaan anda
6. Masukkan ke dalam loyang berselang seli setiap warna. Dan boleh la lorekkan corak.
6. Last skali masukkan ke dlm loyang 9 x 9 atau 10x10
7. Bakar suhu 150 selama 50 minit, api atas bawah sehingga permukaannya perang (oven saya)
8. Selepas masak terus terbalikkan di redai kek dalam 2@3 mnt dan kemudian terbalikkan semula. Siap utk dimakan.