Lagi satu projek upcycling kami iaitu storagebench atau juga dipanggil banquette iaitu kotak yang boleh disimpan barang yang dibuat tempat duduk selalunya banyak di restoran.

Projek ini dibuat dari kombinasi kepala katil lama terpakai dengan osbboard.


Kepala katil tu sebenarnya from trash to treasure, jiran orang arab buang pasal nak berpindah balik ke negara mereka... kami ambil dan jadikan kepala katil kami dahulu selama hampir 8 tahun.. dan sekarang jadi seater pulak.. 

dan kalo koyak nie, tambah sahaja kain tebal nanti.. 

jom kita kitarsemula 💪💪💪



tengok video last dalam insta tu, kat dalam tu kami jadikan stor untuk barangan dapur, macam pinggan mangkuk yang keluar setahun sekali jea, dan pelbagai barangan lagi.. dan dapat dua benda, tempat duduk dan tempat simpan barang.

kalau tengok, kami takde cat atau apa, cuma ada sapukan clear finish khas untuk osb board. 

Jangan lupa gosok osb board nie sikit, sanding supaya takda kepingan terkeluar. takut selumbar termasuk ke dalam kulit.