Balik dari Krabi, disebabkan papa tot penat nak drive terus balik ke rumah. Kami merancang untuk bermalam dimana-mana. Ingatkan nak singgah ke rumah makcik di Tapah, tapi beliau tiada dirumah waktu tu. Jadi waktu call tu kami di simpang nak masuk ke Taiping, maka kami terus sahaja rancang untuk bermalam disana.


Kami bermalam di Hotel Kimal yang cantik lagi bersih. Harga pun ok sensangat selain keramahan staff yang mengagumkan.

Keesokkan harinya sebelum balik, kami singgah ke Antong Coffee Mill iaitu kilang kopi yang terkenal di Taiping ini.



Kedatangan kami disambut mesra oleh kesemua pekerja. Pekerja kebanyakkan sudah bekerja disini berbelas dan berpuluh tahun. Mereka sangat tekun dan bersemangat dalam melakukan tugas. Kagum sangat.

Kilang kopi ini ialah antara yang terulung dinegara kita. Dari tahun 1933, dan tiga generasi dah mewarisi kilang kopi ini. Hebat kan?


Anak - anak dapat melihat sendiri proses pembuatan kopi dari pembakaran biji kopi sehinggalah dikisar menjadi serbuk kopi.


Bau dari pembakaran biji kopi ini memang mengancam.


Sebenarnya biji kopi digoreng dengan gula tau.. jadi kalau minum kopi o tanpa gula tu sebenarnya tanpa gula tambahan sahaja.


Kami diberi peluang merasai kesemua produk kopi disini. Mana yang sedap tu kami beli sebagai buah tangan.


Uncle nie terpapar gambar beliau pada kebanyakkan produk disini. Kami ingatkan beliau adalah founder, rupanya beliau ialah pekerja paling lama yang berkhidmat disini. Suka cara anak cucu kepada founder menghargai pekerja mereka.



Memang pengalaman yang berharga dapat datang ke sini. Masuk percuma, shopping sahaja kena bayar.

Antong Coffee Mill Factory
Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak
Waktu dibuka setiap hari 9.00am - 5.30pm
Hubungi : 05-807 5189
Koordinat Gps : 4.854990, 100.732859