Bersempena minggu sains negara 2019 dari 27 Mac 2019 - 7 April 2019, Wetotla datang lagi!



Cuma kali ini kami datang dengan anak dara mini pulak. Pusat sains ini tempat paling diminati anak - anak dan kali ini kami datang pun still mereka suka.


seronoknya datang waktu minggu sains nie sebab ada banyak acara menarik berbanding hari biasa.



Bukan sekadar pameran sahaja, ini ada pertandingan, ceramah dan macam - macam lagi.



Juga ada pertandingan Tinkering Challenge Design yang mana anak bujang kami masuk dan menang. Dapatlah sijil dari Pusat Sains Negara nanti.



Untuk sikecil, ini pengalaman baru dan juga antara pengalaman menarik buat dia.. waktu mula tak mahu turun dari stroller, mungkin takut sebab gelap. Tapi sekali dah terlepas, hahaha.. tak mahu balik!



Kali ini ada pameran bencana alam, waktu ini papa dan anak - anak mencuba mesin untuk merasakan gegaran gempa bumi pada skala yang dipilih di mesin. Seram betul, bayangkan mereka yang benar - benar dalam situasi tersebut. Banyak betul ilmu kat sini.


Masuk percuma sempena minggu sains nie, jadi next year insya Allah datang lagi!