Wetotla baru pertama kali sampai ke sini...

Putrajaya Challenge Park ataupun Taman Cabaran yang terletak di Precint 5 ini memang awesome untuk kita bawak budak - budak.

Tempat ini besar tau, dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
  • kompleks rock climbing
  • skate & thrill park
  • Bike trails park
waktu kami sampai tu, disebabkan guna waze, kami terlajak ke skate park, sebab semuanya dalam kawasan berdekatan, cuma rock climbing tu atas sikit jea. 



Sampai sahaja kami terus bertanya cik puan guard dan katanya untuk budak - budak kecil ditingkat atas, kami pun naiklah. Bilik ini memang khas untuk budak - budak bawah umur 10 tahun.



kami datang pada hari biasa, bilik tu tak dibuka aircondnya, dia punya bau.. hahaha.. scary.. tapi anak - anak sukalah.. semua puas turun naik termasuk sikecil.



Tempat agak kotor sebenarnya.. bukan kotor berdebu.. tapi macam poor maintenance.. ntahla.. nak cakap lebih - lebih karang.. salah pulak.. tapi tak digalakkan sangat la bawak sikecil ke bahagian budak - budak nie.. 

Disebabkan rasa tak berapa selesa dibahagian atas nie, ajak anak - anak turun ke bawah.

Di bahagian bawah tu tersergam indah arena rock climbing yang memang buat kita kagum. Dibawah tu ada banyak zon, ada 6 kesemuanya iaitu: 
  1. Zone A Expert Bouldering Wall
  2. Zone B Beginners Bouldering Wall
  3. Zone C Expert Lead Wall
  4. Zone D Top Roping Wall
  5. Zone E Speed Climbing Wall
  6. Zone F Intermediate Lead Wall
Cadangnya nak berjalan - jalan ambil gambar, tapi ada instructor tegur dan offer untuk anak - anak yang besar nie mencuba, si abang dan kakak. Maka cubalah kedua - dua mereka..




Memang seronok la mereka, yang kat area nie pastinya kami akan datang lagi. Instructor tu cakap kalau Jumaat malam ramai orang, semua yang pro akan datang berlatih, jadi rancanglah perjalanan anda yea.

Bayaran masuk ke sini ialah RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak - kanak. Ini hanya pada bahagian bawah sahaja. Yang atas tempat budak - budak main tadi free jea. 

Kalau nak sewa barang - barang untuk memanjat, harga adalah seperti berikut:

  • Climbing Rope RM15
  • Harness RM 5
  • Climbing Shoes RM 7
  • Chalk Bag RM 3
  • Belay Device RM 4
Ini ialah harga untuk setiap 3 jam. 

Taman Cabaran (Wall Climbing)
Jalan P5
Presint 5
62200 Putrajaya
View on Google Maps

Selamat mencuba!