Wetotla berjalan ke Penang atas urusan papa tot kerja, biasalah kan kalau tumpang sekali dah alang - alang ada penginapan tu. Jadi waktu papa tot pergi urusan kerja, kami lepak di hotel, dan bila dah balik tu kami dapatlah berjalan - jalan ke area sekitar hotel nie.


Rezeki kami bila dapat tinggal di Cititel Penang di tengah - tengah bandar Georgetown yang mana kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke tempat - tempat menarik dan famous di Penang!

Salah satu tempat yang kami pergi ialah Wonderfood Museum. Iaitu museum yang sangat menarik dengan pelbagai info tentang makanan khususnya makanan Malaysia. 



Selain makanan, kita boleh juga belajar tentang culture yang berkait dengan makanan, contohnya nasi lemak dijual di gerai kecil tepi jalan diwaktu pagi, makanan yang dijual di pasar malam dan pau yang dijual dari atas motor untuk masyarakat Cina.



Makanan berkaitan dengan culture lain juga ada.


Jadi anak - anak berpeluang belajar tentang kesemua makanan yang ada di negara kita. Juga belajar jugak sejarah setiap makanan tu. 

Kiranya anak2 dah tau la macam mana Nasi Kandar dapat namanya.. 


Selain tu, ada banyak replika makanan bersaiz gergasi untuk mereka yang suka ambil gamba.. kiranya Insta worthy place tempat nie 😁



memang budak - budak seronok sakan.. 

maklumlah tempat nie kira museum interaktif untuk pembelajaran..



Ada juga mesej tentang isu sosial seperti pembaziran dan juga makanan eksotik melibatkan haiwan spesis terancam.



Area yang paling mama dan papa tot suka ialah bahagian info tentang gula dalam makanan seharian kita. 



Tak perlu dah nak bising - bising pasal gula, biar mereka tengok sendiri dan fahamkan tentang gula tersembunyi dalam makanan mereka. Jadi ilmu tentang pemakanan lagi mudah jadinya.


Harga tiket untuk warganegara ialah RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak.

Jangan tak bawak kad pengenalan pulak yea. Mereka akan mintak waktu beli tiket tu.

Wonderfood Museum
49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang |04-251 9095