Kami dirumah menggunakan konsep 'semua nampak' untuk pinggan mangkuk dan segala barangan yang kami guna seharian. Mana yang tak pakai tu kami donate ataupun recycle.

Jadi bila pinggan mangkuk diletakkan di rak yang terbuka gini, kadang tu risau takut mak atau anak - anak waktu nak ambil tu tertarik banyak dan jatuh.


Sebab mak kepada mama tot kurang sihat, jadi memang selalulah terjatuh pinggan mangkuk dan pecah.


Solusinya kita beli "non slip mat" ini. memang berkesan sesangat. 

Kami beli yang besar, dan boleh gunting ikut saiz yang diperlukan. 

Kalau nak gunting kecil ikut tapak pinggan pun boleh, supaya nampak invisible tapi pinggan tu still lekat.

Yang seronoknya habuk pun jatuh kat bawah mat tu, jadi takdelah nampak kotor kat situ. sekali sekala bila bersihkan, boleh nampak habuk dan kekotoran yang jatuh trapped dalam tu.

semoga bermanfaat.