untuk bulan Mei, ada pesta harijadi.. 


bermula dengan papanya on 4th, kemudian mamanya pula on 12th dan last nanti si anak dara mini on 31st.. 

mewah la makan kek budak2 nie untuk bulan nie.. 😁

kalau dulu tambah lagi sorang iaitu arwah atuk on 10th.. dua hari jea gap ngan anaknya.. tapi still every year surprised bila cakap birthday kita dua hari jea beza hahaha.. rindu arwah bapak.. 


anyways, since anak - anak sukakan brownies berbanding kek, sebab last year order brownies kan dekat jiran perumahan lama.. laju jea dieorang ngap!


jadi this year cuba order brownies dengan jiran jugak, jiran perumahan baru pulak.. 

tengok2 di Instagram, nampak menarik untuk cuba marble cheese brownies.. maka kami try la order untuk birthday papa tot..


sekali dapat sampai juling biji mata dengan kesedapannya.. memang seriously sedap! jauh sedap dari yang pernah cuba dicafe2 sebelum nie..


lepas beberapa hari tu, order pulak brownies kedut pulak untuk sambutan besday mamanya pulak... pun sedap!



lagi "kejam" 😂bila ada instructions untuk panaskan dalam brownies dalam microwave bila nak makan terus dari fridge, ada sekali tu terbuat high temp.. 

dia jadi cam biskut paling lazat dalam dunia.. harga memanggg seriously boleh dapat anugerah harga patut sebab tengok pada ignya bahan2 digunakan memanggg premium..



rasa harga sangat berbaloi dengan kesedapan brownies tu.. rasa premiumlah katakan 💪💪 

mana tau ada yang nak order untuk berbuka, as buah tangan, untuk raya nanti ke.. bolehla cuba yea..