Roti masak cheesey garlic ni memang harus dicuba..


sedap dan lazat..

dengan cheese yang melting dan butter cair yang meresap kedalam roti.. tersangatlah mengancam.




4 ketul roti burger, kalau nak sedap beli roti sandwich dari bakeri yang besar tu.
1 cawan Mozzarela cheese, diparut.

50gm daging cincang
1/2 ketul butter,
2 ketul bawang putih, dicincang,
3/4 sudu teh garam bukit,
1 sudu besar minced herbs ataupun oregano atau thymes
1 tin cendawan butang




Panaskan oven kepada suhu 180'c

Cairkan butter dan tumiskan bawang putih cincang sehingga naik bau,


masukkan cendawan dan daging cincang teruskan kacau..


taburkan mixed herbs atau oregano ataupun thymes, dan teruskan kacau.



kacau sehingga masak dan kering...


Sementara itu, potong roti bun seperti gambarajah dibawah.



Sediakan aluminium foil didalam loyang...


Letakkan bun dan susunkan...


Sumbatkan inti yang telah dimasak tadi... kalau nak lebih sedap, cairkan butter lagi dan drizzle atas bun supaya basah dengan butter...


Sumbat dengan mozzarela cheese yang sudah diparut diatas bahan goreng tadi...


Tutup aluminium foil...


dan padatkan bahagian tepi tu, supaya dalam tu nanti terkepung dan tak mengering..


Bakar selama 20 minit dan kemudian buka aluminum foil itu dan sambung bakar lagi sehingga nampak cheese itu bewarna coklat gelap.


Hidangkan...


Selamat mencuba!