kalau terasa nak makan kari kepala ikan ini, puas kalau beli dan masak sendiri. bukan apa.. harga kari kepala ikan nie boleh melambung sampai ke langit kalau makan kat kedai, jadi nak tak nak, untuk kepuasan sekeluarga, kami suka masak dan makan dirumah sahaja. Tapi kalau setakat nak makan kari ikan biasa, boleh jea beli di kedai.. hahaha..

selain papa tot, arwah bapak pun penggemar kari kepala ikan nie, jadi memang puas la kita masak kalau ada peminatnya! konpem licin..

dan teringat zaman dulu beli di Mymydin, kepala sahaja baru RM14, yea benarr.. memang itu harganya. sekarang dah naik sikit, tapi masih lagi murah berbanding makan dikedai..

resepi yang saya buat ini ambil di iresepi, resepi oleh Che' Nom.. ianya memang sedap dan menjadi everytime.. jadi saya letak semula disini untuk mudahkan semua. 






700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.
Bahan untuk di tumbuk
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawan putih*
1 inci halia.*
1/4 biji bawang besar*
Bahan untuk di tumis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain berkaitan
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa





Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *

Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat

Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.

Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.

Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.

Siap dan sedia dihidangkan.

santan tu, saya pakai santan kotak or santan kelapa sawit.. suka bersantan sikit.. tekak melayu agaknya.. so kat situ ada lain sikit dengan resepi asal.. selain itu ikut sahaja yea.. 


Selamat mencuba!