Projek #daybed dari kotak kayu industri yang berharga RM5!



Kotak dengan desain industri yang dibeli di kilang berdekatan pada harga yang tak masuk akal ini berubah wajah sempena Hari Raya Aidilfitri 2019.

Dulu kotak nie kami letakkan dibilik tidur dan dijadikan meja komputer.  Tapi genap setahun dok kat sini kami nak ubah 'angin'. Jadi kami bawak ke ruang tamu dan jadikan daybed untuk lepak2.



Dalam kotak tu kami jadikan 'store room' dan cover dengan kain canvas biru sebelum ditutup dengan penutup kayu 😁 



Untuk cover penutup dibahagian atas, kami gunakan plastik PE foam 2mm hasil lebihan projek lantai kayu rumah lama dulu.. plastik tu last time guna untuk dilapiskan bawah lantai kayu, banyak sangat extra, nasib baik boleh recycle untuk projek ini. 





Sudah dipotong mengikut saiz, kami lekatkan dengan Heavy duty stapler gun, mana yang tak masuk cantik tu kita ketuk sikit dengan hammer kasi kemas. 

Kami buat 3 lapis.. sedap jugak duduk.. 




Bila dah siap, pasangkan kain cover.. itu sahaja.. hias dengan bantal.. bantal boleh ditambah sampai penuh lagi.. sedap nak bergolek2.. unfortunately itu sahaja yang kami ada at that point of time. 😂

Kami plan nak stained kan dengan wood stain kotak ini supaya matching dengan cermin dibelakang tu. Nantikan updatenya yea.