Plant shelfie yang sudah berubah warna putih sepenuhnya.. Terima kasih kepada anak bujang yang tolong catkan untuk mama ♥️💕

Sekarang nampak lagi ketara warna - warna pokok kesayangan 🥰😍



Ini ialah gambar2 sebelum, waktu nie pokok diletakkan pada dinding yang mengadap matahari pagi.



Memang ok jea kat situ, tapi dari pembacaan, elok diletakkan pada tempat yang mendapat cahaya tapi kategori redup, macam diffused lights. 

So kami pindahkan kepada dinding yang bertentangan pula. Alang - alang pindah tu, mama tot suarakan nak cat dengan warna putih, pakai cat dinding sahaja iaitu cat air, sebab kan kami guna kayu terpakai, jadi macam - macam warna ada pada dinding tu, saja nak seragamkan.


Rupa - rupanya waktu mama dalam bilik menyusukan si anak dara mini, dah malam dah time tu, time tidur sikecik.

Anak bujang (si abang) dan papa dan mulakan operasi mengecat dinding dan si abang nak surprisekan mama dengan mengecat rak kayu tu. 

Tiba - tiba jea dapat gambar nie dalam fon dari papa kat luar bilik, bila keluar tu, dah siap pasang dah.. hahaha.. bagus - bagus, hilanglah penat mama nak mengecat nanti. Terima kasih anak bujang!

Cerita papa, waktu umur abang gini, dah ambil upah cat rumah dengan kawan - kawan. Jadi skill yang sama boleh sahaja abang ambil dan gunakan, mana tau nanti dah besar nak cari duit poket, hah... pergilah mengecat.

Skil sangat penting, tak tahu banyak.. tahu serba sedikit pun dah ok.. kira boleh la nak buat sendiri ataupun jadikan sumber pendapatan.


Maka esoknya mulalah operasi mama menghias plant shelfie mama nie.. Tanglung kayu pemberian orang tu dah dalam listing nak dijual tau, terus kensel dan ambil untuk gantung money plants hadiah dari makcik dulu tu.



Pokok - pokok yang dibeli dan yang dapat banyak jugak sudah di propagate dan sekarang makin meriah dengan pasu - pasu kecik comel. Kebanyakkan pasu adalah hasil kitar semula dari bekas susu, bekas mayonaisse, cenderahati perkahwinan. Kalau boleh tak mahu beli, unless terdesak sangat, sebaiknya kita upcyle!