Anak bujang kami memang suka sangat puri nie, kalau pergi breakfast kat kedai Roti Puri, memang dia sorang jea 2 set.. haha, sampai terkejut orang kedai tu. 


Kadang - kadang tu dimintanya kalau kat rumah, jadi ada buat jugak sebab terlalu senang. Resepi nie diberikan oleh makcik, zaman makcik muda dulu, beliau menyewa bilik dengan satu keluarga sikh nie, jadi waktu tu mereka yang ajarkan resepi puri ini. 

Memang kalau time raya ke ape, selalu tolong buat dengan makcik sejak kecil, dan sekarang dah kira biasa dah buat untuk anak - anak. Cuma kalau makcik, beliau akan buat kuah cicah dari sardin yang dimasak dengan serbuk kari. 

Kalau beliau buat memang laku lah sesangat. Semua anak saudara dok tunggu beratur dengan pinggan kat dapur.

Jadi jom tengok resepi dan cara membuatnya.


2 cawan tepung attar
1 sudu kecil yis mauripan
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan air mendidih





Mula - mula, campurkan kesemua bahan, kacau rata. Kemudian masukkan air mendidih sedikit demi sedikit sambil dikacau adunan itu supaya larut dan bercampur.

Bila sudah sejuk sikit, baru la bole guna tangan untuk korang uli rata hingga jadi macam adunan doh roti canai versi keras.

Gelekkan atas papan dan tekap dengan penutup botol biskut raya ataupun guna besi untuk masak telur tu, dan susunkan dalam mangkuk.

Kemudian, perapkan adunan paling kurang 1/2 jam, tapi selalunya buat dalam sejam - dua jam lebih. Tutup adunan dalam mangkuk dengan meletakkan pinggan melamine dan lepas tu cover lagi dengan kain. 

Kita nak ada efek dari yis tu.

Masa untuk menggoreng. Panaskan minyak dan masukkan adunan sesatu dan terus keep on simbah minyak panas atas adunan tu.


Goreng sampai kembung dan cantik jea nampak kejadian dia. Kalau ada yang tak kembung pun takpa.. kadang - kadang memang jadi macam tu.


Hidangkan dengan kuah kari ataupun kuah kurma. Kami memang selalu buat  puri nie kalau ada lebihan lauk semalam.