Nak buat resepi nie sebenarnya takde betul atau salah, sebab inti dalam tu boleh ikut kesukaan kita ataupun apa yang ada kat dapur tu. Pernah satu ketika kami gunakan bihun, kadang mee kuning yang telah dicelur. Untuk yang kami kongsikan ini, kami gunakan pula mee udon bewarna putih yang agak kenyal dan sedap berbanding mee kuning.

Resepi ini begitu mudah sampaikan anak - anak pun boleh buat. Juga kalau macam udang tu pernah digantikan sosej, fish cake dan macam - macam lagi. Janji sedap bila dah dicicah tu.

Sosnya selalunya kami suka cicah Sriracha dan kalau anak - anak makan macam tu sahaja. 

Juga kalau ke pasar malam dan beli Yong tau fu dan ada lebihan sos, simpan dan boleh guna untuk cicah popia ini.

Untuk resepi yang kami share ini, kami letak kimchi. Jadi rasanya lagi sedap dan tak perlukan sos.

Jangan lupa, takda betul atau salah, asalkan sedap yea.




Kulit popia vietnam
Kimchi
Mee Udon 
Udang yang telah direbus
Crab stick yang telah direbus
Daun Salad (hiris panjang)
Zuchinni (hiris panjang)
Carrot (hiris panjang)
Cili merah (hiris panjang)





Cara gulung

Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat.


Letakkan salad dahulu sbg alas, kemudian baru bahan2 lain.
Last skali ltk crab stick dan udang dan kimchi. 


Gulung seperti gulung popia biasa. Selalunya kami nyanyi lagu roll over berulang kali sampailah siap.


 

Selamat mencuba!