Bekas penyelamat ini dibeli di Daiso Evo Bangi.

Kisahnya, nak siram house plants nie tak perlu air yang banyak pasal over watering pun akan jadi masalah nanti.. akar jadi lenjun dan reput.

Jadi, selalu disiram lebih kurang 2 sudu besar jea.. ataupun ada jenis yang seminggu sekali bawak mandi shower dalam bilik air untuk dapatkan efek hujan selain membersihkan pokok dari debu - debu yang melekat.

Cuma bab nak siram pokok - pokok comel yang diletakkan pada plant shelfie (rak yang penuh dengan pokok tu).. leceh nya tau.. 

Dengan takut air tumpah atas pc.. sebab kadang tertuang atas daun, dan airnya mengalir kebawah.. proses yang mudah menjadi super stressed pulak..

Apapun, kini tidak lagiii 🎵🎶

Lepas dah beli ini, picit jea berapa banyak air yang nak dan terus air tu masuk ke tanah.. ♥️💕 Muncungnya itu jadikannya boleh terus rapat ke tanah. 

Takde dah takut takut tertumpah semua tu.. 

Puas hati.. harga RM5.60 sahaja.. berbaloi - baloi..