Akhirnya siap sudah projek daybed RM5 yang kini dipenuhi bantal2 supaya lebih selesa kalau baring sambil membaca atau buat kerja ♥️

Proses makeover kotak industri nie ambil masa berminggu jugak untuk siap, sebabnya kami hanya dapat buat bila papa tot ada kat rumah pada hujung minggu..


Bermula dari membersihkan, proses sanding, tambahkan plastik foam pada bahagian tempat duduk dan proses stained.

Sekarang nie hanya tinggal proses untuk menambah baik supaya nampak lebih cosy dan best untuk duduk.



Disebabkan kabinet ini bewarna kelabu perabot opis, macam tak kena dengan konsep ala industri pada daybed, maka kami pun tampalkan pelbagai wallpaper dengan konsep geometri caca marba supaya nampak sedondon dengan ruangan ini. Kami gunakan kombinasi wallpaper dari Eco dan Kaison.


Hasil dari proses mencuba selama seminggu, kami perasan yang kain lapik daybed tu mudah betul teralih. Jadi kami jahit getah secara melintang gitu supaya tak beralih bila bergolek - golek kat situ, tapi mudah nak dibuka bila nak dibasuh.


Akhirnya bantal, sebab nak bantal meriah atas daybed tu, tapi nak jimat, maka kami beli bantal tanpa sarung kat Tesco dengan harga RM8.90 sahaja setiap satu dan jahit sendiri sarungnya menggunakan kain perca yang kami ada. sapa lagi yang pandai jahit.. mestilah papanya.. 😂


Oh, atas daybed tu juga ada bolster yang dijahit sama kainnya dengan cover daybed jadi bila susun bantal tu nampak menegak dan meriah.