Kami memang suka sangat finishing concrete pada interior rumah dan teringin sangat nak buat dekat table top dapur, maka sebelum itu test buat dekat dinding tempat letak kunci dulu, sama tak macam yang suka tu.

Kami berkenan macam gini la - gambar Google.

Btw, tempat letak kunci tu pun DIY menggunakan batang paip g.i dan kayu terpakai.

Apepun jom tengok tutorial step by step untuk concrete wall ini.

Bahan - bahan yang kami gunakan:


▪️simen kelabu (kat #shoppee 2kg RM2.45) 


▪️susu simen RM 16
▪️masking tape / painters tape
▪️#throwel cement RM10

Mula - mula...


🔺Bersihkan kawasan yang hendak dibuat, tapekan sekeliling supaya nanti tak comot. Bukak apa yang patut supaya kawasan kerja bebas barang - barang.


🔺Sapukan susu simen dan biarkan kering, ini untuk create surface yang memegang simen tu nanti.


🔺Kemudian, bancuh simen dengan air dan susu simen (sebab kami buat pada dinding putih yang dah kemas, kalau terus ke batu bata, tak perlu tambah susu) resepi bancuhan agak2 sahaja.


🔺 Mulakan dengan sapuan terus ke dinding dan buat jea apa2 stail. criss cross atas bawah kalau nak nampak ada texture nanti (pada kami lagi caca marba lagi menarik)


🔺 Keringkan dalam beberapa jam dan pasang semula shelves.

👷‍♂️If buat kat table top dapur or lantai, nanti akan ada finishing coating lain.. waterproof cement concrete no leak yang harganya lebih kurang RM32.. nanti  bila disapukan sebagai lapisan terakhir, efek dia macam dekat kafe2 hipstur yang selalu ada tu.. cantik memantul nampak basah cement concrete-nya.