Disebabkan ruangan kecil, nak buat kabinet memanjang untuk washing machine ini macam tak sesuai, jadi kami hanya buat meja kecil sahaja diatasnya.

Kenapa nak buat table top.. washing machine nie waktu spinning pregghh dia punya bergegar..

kami pulak suka letak rice cooker atas tu.. dari menari2 pasal vibration, nanti jatuh berkecai pulak...



Maka, untuk projek nie kami cuma gunakan kayu #osbboard lebihan projek dan dikemaskan dengan lebihan kayu pine, sapukan beberapa kali clear laquer sampailah kemas permukaan tu.




Kemudian drill pada dinding dan letakkan metal angle saiz kecil supaya kayu terletak.

Hanya drill dan skru pada bahagian yang ada rangka kayu tu. bahagian tepi tu dibiarkan tanpa kemasan kayu supaya nak sapu bahagian belakang tu nanti jadi senang..



tapi later kalo ubah fikiran dan rasa nak ada penutup.. pun boleh jea beli plywood dan tampal skrukan sahaja..

😁😁😁