Hari itu kami order traditional burnt cheese cake untuk Father's day yang kami surprisekan Papa tot tu.. sedap memang sedap!


Sekarang ada versi Nutella chocolate burnt cheesecake pulak, diberi oleh Puan Mimi untuk kami rasa.. sedapnyaa... memang jauh lagi sedap dari yang traditional tu.

Kalau nak describe, rasanya macam aiskrim cheese dengan rasa coklat Nutella.. macam tu la.. macam aiskrim bile makan sejuk - sejuk. 


Rupa - rupanya, Cooknbakes ada buat delivery sampai ke Gombak nun.. so sape yang terliur rasanya bolehlah order kalau kawasan uolls termasuk dalam senarai kawasan yang boleh dihantar.

Gambar nie diambil ketika bekerja sambil ngap! Alang - alang dah ada kek cantik dan menarik, kita buatlah sedikit stock photos untuk dijual. 


Sekarang pun tengah belajar pasal food photography, dan seronoknya food photography nie kita boleh includekan signature kita dalam tu, macam trademark kesenian kita lah.

Cuma nak buat food photography dengan beria2 setup dengan ada anak kecil nie agak mencabar, semua dia nak usik.. hahaha..

Maka perlahan - lahanlah cuba buat, asalkan mengikut konsep yang betul.