Mee goreng ini simple jea tau,
takde sayur atau lauk pasal anakbujang yang buat.. semuanya forbidden 😭


Wetotla suka pakai mee udon pasal takde bau boric asid tu, mee kuning kalau beli memang kena basuh celur sampai hilang bau.. kalau tak memang tak boleh telan.. tapi dengan mee ini jadi mudah segalanya dan puas makan pasal padat 😂





Mee Udon sepeket
Telur gred c 4 biji (kalau besar gred kurangkan bilangan)
Bawang merah satu labu - kisar / tumbuk
Tomato 1 biji - kisar / tumbuk
Bawang putih - kisar / tumbuk
cili giling - 2 sudu besar

Sos tiram - 3 sudu besar
Sos tomato - 3 sudu besar






🔺 gorengkan telur dan kacau hampir hancur.

🔺 Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak

🔺 masukkan sos tiram dan sos tomato dan sedikit air kosong (nak kasi cair)

🔺kacau sampai rata dan sekata, ambil masa untuk kasi masak.

🔺hidangkan.