Roti john, satu resepi yang mudah nak buat dan suka dijadikan samada breakfast ataupun makan petang dirumah kami.


Kadang kami buat dengan sardin, kadang dengan minced beef, ataupun minced chicken. Tapi kali ini buat dengan minced mutton. Sebab kami nie kan peminat kambing.

Sekarang nie nak masak dah ada geng, anak bujang dah datang minat dia nak memasak. Kalau dulu sekadar bantu sikit - sikit jea, sekarang dia nak take over. Bagusla kalau berterusan, kalau once in a while pun still kami suka. Nanti kalau duduk sendiri bolehlah masak sendiri kan.

Ok jom sambung tengok Roti John simple dengan inti kambing.



Daging cincang kambeng,
bawang besar - potong dadu kecil,
bawang putih - tumbuk,
1 sudu kecil serbuk kurma,
1 sudu kecil serbuk kari,
sedikit butter,
telur - satu roti satu biji,
roti hotdog gardenia






Mula mula, tumis bawang - bawang dengan daging kambeng dan serbuk kari n kurma.. kasi masak sikit.. kacau supaya masak sekata.. bau macam inti karipap sket..

panaskan kuali leper dan cairkan butter,



cara mama,
pecahkan telur dan masukkan daging yang dah dimasak, kacau dalam bekas dan tuang pada kuali panas, tekapkan roti yang dah di sapu butter.



cara anak bujang,


pecahkan telur, kacau dan tuangkan atas dapur, taburkan daging cincang sebanyak2nya dan tekap dengan roti yang dah disapu butter.


terbalikkan sehingga masak dan waktu nak lipat letakkan cheese..



Selamat mencuba!