Spider plant yang dah tak muat dah dalam pasu tergantung nie... Kami dah beli pasu baru dah akan pisahkan untuk masing - masing dapat rumah baru.

Kenapa suka pada pokok Spider plant nie? Dari pembacaan blog - blog berkaitan, pokok ini sangat best kerana:
  • Sumber oksigen dari daun–daunnya yang meriah merimbun dan rapat - rapat,
  • Penyerap karbon monoksida dan karbondioksida,
  • Mengurangkan panas yang diterima bangunan melalui dinding,
  • Penyerap debu halus,
  • Mengurangkan pencemaran bunyi, sebab tanaman Spider plant dapat absorb bunyi - bunyian,
  • Tanaman ini jenis yang crawling mampu menyerap debu yang beterbangan di udara kerana tekstur permukaan daunnya yang kasar.
  • Menyejukkan rumah dan kawasan sekitar.

Tips nak menjaga Spider plant 
  • pokok nie nak jugak cahaya yang banyak tapi redup, dalam tempoh yang lama, sekurang - kurangnya 4-5 jam, 
  • tak boleh diletakkan pada tempat yang terlalu gelap atau yang susah nak dapat cahaya matahari, 
  • sebaiknya letak tepi tingkap, di balkoni, atau macam kami nie, gantung pada tempat yang terang. 
Suka la dia kalau gitu..

Anak - anak pokok Spider plant yang berjuntai tu boleh di gunting, propagate dalam air sampai keluar akar dan transfer ke pasu lain... 

tapi kami sayang nak transfer ke pasu lain kali ini, sebab sebelum ini dah banyak kali buat dah dan dia keep-on tumbuh baru, maka kami biarkan sahaja.. nak dia sama - sama grow dengan pokok induk yang dalam pasu tu..

Tahu tak, hebatnya pokok Spider plant ini, sebagai pembersih udara tumbuhan yang mampu menyerap benzena, formaldehida, karbon monoksida dan xilena, iaitu bahan - bahan kimia daripada industri.