Kali ini kami nak share pengalaman membuang sticker yang lekat pada kereta selama bertahun - tahun sampai keras kejung macam road tax yang melekat pada body kereta tu.

Sticker nie masa berniaga kek dulu, untuk promote website. Sekarang, website dah takde tapi stickernya pulak susah nak dibuang.

Sudah bermacam - macam produk kami gunakan untuk nak hilangkan sticker tu, tapi susah bebeno..

Bila kami sebut bermacam - macam, bermaksud memang sudah banyak sangat produk yang kami sudah beli dan cuba.

Apa sahaja tips dalam internet yang kami jumpa, kami pasti cuba, sesetengahnya kami cari dan beli. Tapi semuanya hampa. 


Satu hari, bila terjumpa produk ini di Mr Diy, maka teruslah kami beli. 

Maka, dengan tidak berputus asa, saja kami cuba pula produk dari Mr Diy ini dan berserah kalau jadi, jadilah kan.. kalau tak kita terus mencuba lagi...



Produk ini hanya perlu dispraykan terus kepada sticker tu. Biarkan seketika dan sticker tu akan lembut dan gamnya akan hilang.

Alhamdulillah ♥️ akhirnya menjadi... sticker tertanggal satu persatu!

seronok part kopek tu, terus mengeleding sticker tu terkeluar.. 😂 kalau tak dah macam kopek simen..



Turut disertakan dengan pembelian, alat untuk mengikis sticker tu dari surface.


Akhirnya... takde dah kesan sticker terkopek - kopek yang degil dan sukar ditanggalkan ada kat kereta nie...



Kalau nak beli, selain ada di Mr DIY, ada juga online, brand Get Sun dan nama produk ialah Sticker Remover. 


Semoga bermanfaat.