Acara wajib setiap tahunm iaitu jalan - jalan di Royal Floria Putrajaya yang kali ini diadakan di Taman Botani Putrajaya.


sambil mama bekerja mengambil gambar.. sambil anak - anak bergumbira 😁😁😁😁


Bayaran masuk: dewasa RM5, kanak2 RM3.

Buka dari 10 pagi hingga 10 malam.


Selalu diadakan di pelbagai tempat, dan hanya kali ini baru diadakan di Taman botani. Waktu sampai sini barulah tahu yang ada bangunan berunsurkan Morroco yang sungguh cantik binaannya.


Kata Papa Tot, lebih kurang ginilah rumah jutawan Syed Mokhtar Albukhary sewaktu beliau pernah ke sana untuk urusan kerja. Cantik dan berkonsepkan seni Islam dari timur tengah.


Kali ini tempatnya lagi besar dan lagi relaxing nak tengok bunga.. tak crowded mcm last time.. pusing2 dalam nie sahaja rasanya boleh turun 10kg sebab kawasannya memang luas.. 😂



Ramai orang berniaga dalam nie.. jadi mudah nak beli air dan makanan bila lapar.. feeder buggy pun ada bagi yang tak mau jalan atau tak larat nak jalan.




malam pulak ada bot berlampu.. tapi tak larat nak tunggu.. tengoklah next year kalau ada rezeki lagi, pergi yang malam pulak.




Yang lebih seronok bila dibuat di Taman Botani nie, ada buaian ini dan giant chess yang kami sempat main anak beranak kat situ.