we tot la.. pasti ramai yang suka merakamkan aksi anak - anak di rumah.. kalau begitu termasuk lah kami.. kami memang suka sangat merakam foto keluarga.. suka lihat keletah anak - anak dalam gambar dan rasa sayang sangat kalau tak dirakam.. anak kian membesar.. 

kami ni sebenarnya fotografi hanya sekadar cuba - cuba dan kadang berhasil dan kadang tidak.. 

tujuan beli kamera dulu sebenarnya sebab nak ambil gambar keluarga... dan lepas beli barulah kami gunakan untuk dua tujuan, iaitu untuk merakam gambar keluarga dan untuk perniagaan dengan mengambil gambar produk tot bake design, dari situ kami mula serius dalam pembelajaran tetang fotografi ini.. perlahan - lahan kami  belajar teknik - teknik fotografi melalui cuba - cuba dan sampailah kini masih lagi belajar tapi kami dah mula menggunakan interenet sebagai tempat rujukan.. banyak sebenarnya teknik yang menarik nak di explore, cuba dan yang penting nak sangat belajar guna Photoshop.. geram tengok gambar - gambar yang cantik hasil editing dari Photoshop.. 

buat masa nie kami hanya edit gambar menggunakan Photoscape dan ada juga cuba - cuba menggunakan Photoshop tapi masih tak reti - reti lagi.. dan memang teringin nak ke kelas belajar menggunakan Photoshop sepenuhnya,  tapi masih tak berkesempatan... nanti la kalau ade rezeki tu..  dan bila dah pandai nanti boleh la share disini.. 

ini serba sedikit momento anak - anak kami sepanjang membesar.. yang sempat kami rakam dan bila tengok balik seronok dan ada saat - saat yang kami dah lupa.. untungnya merakam saat - saat itu kan..


gambar pertama ni Iman Hazim ketika berusia setahun dua bulan.. suke sangat dia makan cupcake.. dah time tu cupcake dengan topping butterscotch nie menjadi hot selling item.. apa lagi.. baki cupcake yang dibakar tu jadi dessert anak bujang nie la..  


dan yang ini setahun setengah.. suka betul kami dengan baju dragon nie.. pemberian mak ngahnya.. sempat di pakai sampai ke adik.. tengok tu gigi baru tumbuh 2 batang..


adiknya Nurdini Iman ketika berumur 10 bulan..  suka sangat tengok anak - anak kecil dirakam bertudung. jadi mamanya nak rakam jugak.. .


gambar ni diambil ketika mama tengah sibuk nak rakam gambar kek, nurdini mama jadikan tukang pegang reflector dalam walker nya. jadi rakam mesti rakam gambar assistant mama yang gigih nie...


dan ini yang terbaru, iaitu ketika kami bercuti di Pangkor.. Nurdini waktu ni dah setahun lebih... dah berjalan, berlari... dan waktu nie tengah seronok layan angin yang menderu tepi tingkap..


 
Tip untuk mengambil gambar anak - anak ni.. kene banyak bersabar.. cuba layankan mereka dan kalau saat kita keluarkan kamera dan mereka nampak nak berebut dengan kita.. sabar sahaja.. tunggu sampai mereka dah bosan dan rasakan yang kita tidak memerhatikan mereka.. 

waktu tu cuba ambil gambar dari pelbagai angle.. cara kami.. kurang suka jika rakam satu aksi sebanyak mungkin.. tapi kami suka rakam banyak aksi dan dari pelbagai angle sebanyak mungkin.. 

mama tot memang suka merakam gambar potrait.. mungkin lepas ni boleh share tentang itu.. 

oh ya.. 

kamera yang kami gunakan ialah Nikon D90.. 

via wikipedia

dan untuk gambar jarak dekat.. seperti potrait.. kami hanya gunakan kit lens.. dan untuk wide sahaja kami beli lens lain..

kalau ada yang suka merakam gambar dan ingin berkongsi tip-tip yang menarik.. mohon share yea..