we tot la.. mesti ade yang kenal dengan The Duggar Family tu.. kalau ada yang pernah menonton rancangan reality tentang family yang anak ramai tu.. dah 19 orang dah anak - anak mereka.. (perggh...) dan katanya masih counting...
resepi ini saya dapatkan selepas menonton rancangan itu.. sebab terliur tengok.. dan resepi nie adalah menu tetap dinner mereka.. cuma bezanya kuantiti yang mereka masak.. bayangkan resepi ini dibuat untuk 19 orang.. banyak tu..
nama resepi ini ialah Duggar's Tater Tot Casserole.. memandangkan saya tak jumpa Tater tot nie.. dan lepas di lihat dalam internet, Hash Brown adalah bahan terdekat yang boleh digunakan.. maka saya gunakan HashBrown sebagai bahan utama.
AMARAN: resepi ini agak muak, jadi jika dibuat sediakan salad atau jadikan side menu pada majlis BBQ.
bahan - bahannya ialah....
200 gram daging ayam cincang
1 pek hash brown - setiap satu keping di potong 4
2 tin cream soup - mushroom campbell & chicken
1 tin susu cair
cara - caranya...
gorengkan daging cincang tanpa minyak dan ketepikan.
potong hasbrown kepada kepingan kecil... dan goreng sehingga masak...
penuhkan kepingan hashbrown itu didalam baking dish..
kemudian, selepas 1/2 jam pada suhu 200'c keluarkan baking dish dan taburkan mozzarela cheese pada permukaan
pastikan seluruh permukaan dilitupi cheese, kuantiti cheese bergantung pada kesukaan...
masukkan semula baking dish itu dan bakar lagi sehingga 1/2 jam seterusnya atau sehingga cheese bewarna keemasan...
keluarkan dan sejukan.. selepas itu boleh dihidang..
0 Comments