we tot la.. ramai yang tertunggu - tunggu Pesta Bunga iaitu Floria Putrajaya bagi tahun ini... terutama bagi mereka yang minat dalam bidang fotografi.. sebabnya waktu inilah yang boleh digunakan untuk mengasah bakat atau hobi kerana terlalu banyak subjek yang menarik yang boleh di potretkan...


kami sebenarnya tak pernah ke pesta ini.. kebetulan semalam papa tot terbawak balik kunci moto rakannya ke rumah.. maka selepas maghrib kami harus bertolak semula ke Putrajaya iaitu tempat kerja papa tot untuk memulangkan semula kunci itu... 


dan selepas rakannya menarik nafas lega sebab kunci dah sampai, yang mana boleh la beliau pulang kerumah setelah tertunda selama beberapa jam.. kami pun mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar Putrajaya selepas itu kerana jarang sekali kami kesana.. 


rezeki kami agaknya.. semasa melalui kawasan Masjid Besi Tuan Mizan Zainal Abidin yang mana papa tot beria nak tunjukkan kami Majid tu... ternampak pulak macam kereta berhias dari tasik belakang masjid tu... maka selesai berjalan dalam Masjid, kami pun teruslah turun ke perkarangan tasik dan sempat jugaklah mengambil beberapa keping gambar dari jarak dekat.. 


gambar agak kurang memuaskan hati sebab dari handphone.. tapi cantiknya hiasan lampu yang kami lihat pada malam tadi tak terungkap dengan kata-kata.. waktu nie terasa ala ruginya tak bawak kamera kesayangan.. 


rupanya kami datang waktu rehearsal untuk majlisnya yang telah bermula pada hari ini iaitu Sabtu, 22 Jun 2013 dan akan berlangsung lebih kurang selama seminggu.



Pahang



Terengganu



Sarawak


setiap kapal ini mewakili negeri - negeri bersempena tahun melawat Malaysia 2014 nanti.. jadi tema setiap kapal itu adalah apa yang menarik di negeri mereka wakili itu...


contohnya sabah berunsurkan hutan dan binatang - binatang yang menjadi tarikan ke tempat mereka, manakala sarawak dengan burung Kenyalang, dan Orang Utan.. 


dan yang lagi menarik, perasmian akan diadakan malam ini.. jadi kalau nak lihat lagi kapal berhias ini bolehlah ke Putrajaya malam ini.. anak - anak pasti teruja.. mana taknya.. ibu bapa seperti kami pun seronok..


dan bagi yang datang dari waktu siang, ada pameran bunga sekali yea.. menarik sangat.. teruja kami nak kesana bila ada kelapangan nanti.. budak - budak mesti suka.. waktu ini boleh kenalkan alam sekitar pada mereka.. 


jadi bagi yang berminat, ini adalah serba sedikit info ringkas tentang Floria Putrajaya 2013


tarikh : 22 - 30 Jun 2013


waktu : 9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)

9.00 pagi - 12.00 malam (Jumaat - Ahad)


kemasukan : PERCUMA


website : Floria Putrajaya 2013