Agak lama kami tak dapat nak update blog ini, ini kerana laptop kami problem dan telah dihantar repair selama 2 minggu!

Masalah rosak pada chipset motherboard, biasalah pasal apa lagi.. panas melampau sehingga tak boleh nak ON dah... akhirnya setelah berbalu 2 minggu yang mengcengkam jiwa...dapat semula.. seronok tak terhingga rasanya.. sebab banyak info, resepi dan cerita yang kami nak kongsikan! jadi perlahan-lahan kami akan siarkan apa yang terkumpul selama itu...

baiklah.. untuk perkongsian kali nie bukan dibuat oleh kami, tapi oleh emak kesayangan mama tot .


Kedua ibubapa mama tot memang peminat drama - drama korea.. jadi faham-faham sajalah kalau peminat drama korea nie.. bila asyik menonton.. maka secara tak langsung sure datang minat kat menu makanan korea..

Almaklumlah.. kan selalu jea ada adegan makan dalam drama mereka.. 

Sewaktu birthday emak yang ke... iaitu pada 19 Februari, kami bawa emak makan ke Restoran Spring Potato, iaitu restoran melayu - korea yang ada serve makanan korea muslim tu..

disitu ada Kimchi, kami siap tapau (bungkus) bawa balik kimchi lagi.. maka, dari situlah emak yang terkenal dikalangan keluarga kami dengan kesukaan mencuba resepi yang baru.. minta kan mama tot carikkan resepi ini... 

lepas di study video - video membuat kimchi melalui youtube .. resepi pun diambil, maka terhasilah kimchi seperti yang ada di dalam page nie... resepi nie adalah hasil gabungan dari beberapa resepi yang di tonton.. 

Emak cakap, amik mana yang senang....


tapi versi ini ada lobak merah dan sengkuang.. sebab kata emak, sebab terbuat kuah lebih.. dan nampak banjir sangat.. maka di tambahkan carrot.. 

terus terang rasanya.. memang pergghhh! 

kalau ikutkan haticakap rase nak ratah jer sampai abis satu bekas tu.. amboi tak ingat orang orang belakang.. ikutkan hati jea... 

tapi apepun, kimchi tu kan sayuran.. jadi kalau ratah pun ok jea.. dah la tu ada prebiotik, sangat bagus untuk sistem penghadaman kita tau...

anyways, .. mari kita cuba buat yea...


2 biji kobis cina
1 biji kobis biasa
1 sengkuang
2 batang lobak merah
garam - untuk perap
1 cawan gula - untuk perap
1- 2 1/2 cawan serbuk cili kasar (bergantung pada tahap kepedasan anda)
3 sudu besar kicap sotong NAMLA

bahan mesin
secawan bawang besar putih (macam bombay onion)
secawan bawang putih
2 inci halia
1 cekak daun bawang - dipotong 2 inci
3/4 peket bijan



Potong kobis kepada saiz panjang atau bite-size dan basuh sebersihnya.

Perapkan dengan garam dalam 10 minit dan basuh sebanyak 3 kali, untuk membuang kotoran pada sayur, selepas itu perap selama 2 jam lebih.

Sementara menunggu, buang kulit sengkuang dan lobak merah dan potong serong dan 'julienne' dan masukkan ke dalam perapan garam

Selepas 2 jam berlalu, ambil sayur yang diperap dengan garap itu, cuci dan toskan, waktu ini kobis akan kelihatan sedikit kecut, dan basuh lagi 3 kali...

masukkan sayuran ke dalam bekas besar dan masukkan campuran bahan mesin beserta kicap sotong, serbuk cili dan gula, gaulkan rata (sebaiknya waktu ini pakai sarung tangan).

Akhir sekali, masukkan kesemua sayuran kedalam air tight container dan masukkan kedalam peti sejuk untuk tujuan pemerapan yang lebih lama.

pesan emak, kalau nak makan cepat, jangan masukkan kedalam peti sejuk, tapi biarkan diluar.. supaya lebih cepat prosesnya.. dalam 2 hari dah ready.

cara makan kimchi nie... ratah saja pun sedap.. makan ngan nasi pun sedap.. dan yang paling sedap.. makan dengan mee atau bihun sup!


selamat mencuba!