wetotla buat #kejutancinta lagi kepada papa tot sempena birthday beliau..
tapi kali ini bukan lagi sambutan mengejut di bilik karaoke, penghantaran mengejut kek harijadi di restoran, ataupun hadiah yang disorokkan bawah bantal (selepas itu dikejutkan papa sebaik sahaja tepat pukul 12 malam untuk mintak tolong supaya cube cari remote tv disitu) LOL.
Tips : Sebaiknya datang awal.. seawal 7.30pagi untuk parking kereta bagi mendapatkan tempat redup.. kalau tak cepat penuh nanti.. dan terpaksa parking di tempat yang panas.
Jeti Syahbandar
Budak gembira..
Di resort berdekatan, ada juga kedai runcit dan cenderahati, kami adalah juga beli t-shirt, jajan, pandol.. dan fridge magnet.. dekat RM100 juga dihabiskan disini..
peringatan, jangan lupa beli barang - barang keperluan macam tu sebelum naik feri yea..
tapi kali ini bukan lagi sambutan mengejut di bilik karaoke, penghantaran mengejut kek harijadi di restoran, ataupun hadiah yang disorokkan bawah bantal (selepas itu dikejutkan papa sebaik sahaja tepat pukul 12 malam untuk mintak tolong supaya cube cari remote tv disitu) LOL.
Kesemua kejutan itu telah dirancang dengan teliti.. tapi berbeza dengan kali ini iaitu betul - betul last minute decision...
Mama tot buat #kejutancinta dalam bentuk percutian pula..
Mula - mula, plan dulu kemana tempat nak pergi.. lepas tu cuba call resort itu, iaitu Redang Lagoon dan check samada ada kekosongan.. Alhamdulillah, ada!
Once confirmed ada sahaja terus kami book dan call Papa Tot terus di office dan mengajak ke Kuala Terengganu kononnya nak buat aktiviti cuti - cuti Malaysia..
dan waktu call tu masih lagi tak reveal yang kami akan ke Pulau Redang..
Namun rahsia telah terbongkar bila terpaksa minta Papa Tot bank-in kan deposit ke Redang Lagoon, waktu tu haruslah beliau tahu yang kami akan ke Pulau Redang..
Bukan takmo pegi bayar sendiri untuk mengekalkan elemen surprise tu, tapi sebab Resort nie menggunakan bank RHB.. kata mereka, kalau melalui online transfer mereka tak mahu.. sebab lambat dapat duit kononnya, jadi mereka nak jugak jugak dibayar melalui ATM.. dan mesti terus inform mereka melalui email atau fax resit itu..
maka kami ikutkan sahaja.. jadi tak surprise sangatlah lepas tu.. nak asal kononnya nak surpise bile dah sampai ke Kuala Terengganu (huhu)
Petang tu, sebaik sahaja Papa Tot balik kerja, semuanya sudah ready.. beg dah dikemaskan.. anak - anak pun dah ready, maka.. selesai urusan Papa Tot bersiap-siap, kami terus bertolak..
Dasat kan.. kami pun macam tak percaya kami boleh buat macam tu.. baru pagi tadi decide.. petang dah bertolak.. kenapa dasat.. fuh biasanya.. kalo kami plan pukul 9 pagi bertolak.. selalunya jadi pukul 10.. itu ini.. dan macam - macam hal.. Alhamdulillah.. kali ini tidak...
Kami mula bertolak dalam pukul 5.30 petang dan perjalanan ke Kuala Terengganu mengambil masa selama lebih kurang 6 jam..
tapi untuk kami.. pukul 12 malam barulah sampai.. al - maklumlah banyak berhentinya..
selain untuk solat, isi minyak dan ke tandas.. Iman Hazim mabuk dan muntah.. kami berhenti makan.. dan... dan macam-macam lagi lah..
Apapun, sempat jugak bergambar sewaktu berhenti makan di kawasan Paka..
Seaview Hotel
Sampai sahaja di Kuala Terengganu, kami terus cari hotel untuk bermalam sebelum bertolak pagi esok dengan menaikki feri terawal.
Kami menginap di Seaview Hotel, hotel budget yang pada kami ok lah.. hotel oldskool yang bilik airnya besar dan bersih.. namun komen tentang kebersihan bilik tidur.. kena improve banyak.. sangat banyak..
Harga bilik ok.. untuk kategori budget.. memang ok...
Seronoknya tentang lokasi hotel ini ialah ianya berhadapan dengan Istana Maziah, bilik mengadap istana tu.. dan yang lagi best.. hanya 1 minit sahaja driving ke Jeti Syahbandar.. maksudnya Jeti juga sangat hampir, maka kuranglah terkejar - kejar nanti.
Jeti Syahbandar
Kami bertolak seawal 7.00 pagi, dan waktu sedang mencari parking, kami nampak dah semakin ramai orang berpusu masuk untuk parking.
Sampai sahaja, kami terus ke kaunter tiket..
Sampai sahaja, kami terus ke kaunter tiket..
Kata Redang Lagoon sewaktu kami confirmkan booking, kami disuruh terus ke kaunter feri Sejahtera dan beri sahaja nama kami.
Malangnya nama kami tiada..
Malangnya nama kami tiada..
Alhamdulilah, ade sorang brader ni bantu kami call Resort dan beri semula nama kami dan terus mereka faxkan pada syarikat Feri untuk dikeluarkan tiket..
Terima kasih.. dan kalau tak silap beliau ini ejen untuk resort lain..
Nota: Sewaktu membeli tiket, kita akan diminta mengisi nama dan no ic penumpang dalam sekeping kertas bagi tujuan rekod..
Waktu kami menunggu feri hanya dalam masa 15 minit sahaja.. maklumlah feri terawal kan..
dan waktu ini nampak paling seronok ialah budak - budak melebihi dari Papa Tot, the birthday boy.. (hehe)
Feri dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang mengambil masa selama lebih kurang hampir 2 jam..
via Facebook
Feri agak cantik.. 2 tingkat, aircond boleh la.. tak berapa sejuk tapi tak panas.. cuma yang amat kurang menyenangkan, dalam feri ditayangkan filem 300 yang tak dipotong adegan 'lucu' yang AMAT kurang sesuai ditayangkan dihadapan budak-budak..
Agak geram sebenarnya, sebab ada ramai budak kecil dalam tu.. dan termasuk pelancong dari luar negara...
Harap lepas nie kot kot la kami pergi lagi.. tiada dah la yea...
Pulau Redang
Alhamdulillah.. setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam, akhirnya kami sampai...
Masya Allah..
Pulau ini memang cantik.. air lautnya berwarna Turquoise..
Rasanya sewaktu kami ke Pulau Tioman masa mula mula berkahwin dahulu.. air lautnya walaupun jernih, tapi tak seperti ini walau pun boleh nampak ikan didalam..
Pulau Redang memang sangat cantik!
Feri berhenti agak jauh dari Pulau.. jadi kami menaiki kapal transit untuk ke pantai.. sebab di pulau ini tiada Jeti untuk menurunkan penumpang dari feri.
Dalam ke asyikkan mengagumi keindahan ciptaan Allah, sempatlah jugak keluarkan kamera dan mula ambil gambar sekeliling...
Ini Laguna Redang.. 5star hotel.. cantikkan?
Rasanya inilah resort yang paling meriah di pulau ini.. siang - siang hari pun boleh dengar lagu berdentam dentum dan happening dengan suara orang bergembira..
Sewaktu kami menjejakkan kaki ke pantai, kami nampak banyak cart transport yang menjemput tetamu baru tiba..
Malangnya hanya resort kami tak memberi perkhidmatan itu.. (uwaa)
Jadi kami terpaksa berjalan agak jauh untuk ke resort, dalam kepanasan melampau di pulau.. tapi apa yang kami nak puji.. beach boy dari resort - resort lain sangat membantu..
Dari memberi info tentang lokasi resort kami.. sehinggakan ada yang bantu memimpin tangan anak sulung kami iaitu abang Iman ketika berjalan ke resort..
Terima Kasih..
Redang Lagoon
Selesai checking in dan sampai sahaja di bilik kami, semuanya terus pengsan!
Apapun kami agak puas hati dengan keadaan chalet.. cuma ingin diberitahu yang tiada almari, meja atau kerusi tau, jadi barang-barang nanti semuanya diletakkan di lantai.. Resort ini dikatakan yang mempunyai pakej termurah di Pulau Redang.. jadi kami faham.. yang penting nak mandi laut!
Memandangkan waktu kami sampai itu juga sudah hampir dengan waktu makan.. maka kami rehat sekejap sahaja dibilik dan terus ke dining room tepat pukul 12.00 tengah hari...
Maklumlah, kami lapar betul.. sebab tak sempat nak breakfast heavy pagi tadi.. hanya makan keropok lekor yang dijual dikawasan jeti.. maka kami pun serbu tempat makan!
Tang makan.. nak kena puji sikit, memang terbaik!
sama seperti komen yang di baca di Trip Advisor..
Lauk pauk yang dihidangkan semuanya sedap...
Maka bermulalah secara rasminya percutian #kejutancinta khas untuk birthday boy iaitu Papa Tot.
Hari pertama dihabiskan dengan mandi laut dan pasir sahaja.. seronoknya disini tak terungkap.. kami satu family memang enjoy sangat.
Malam kami lepak tepi pantai selepas menikmati dinner.
Kami tidur nyenyak...
Hari Kedua
Sepatutnya kami join program snorkeling.. tapi kami tak pergi walaupun dah termasuk dalam pakej.. sebab layankan anak-anak mandi laut sahaja.
Ikan cantik-cantik bermain di kaki sahaja..
Abang Iman Hazim berani beri ikan makan dari tangannya.. tapi adik Nurdini pula takutkan ikan..
macam-macam kerenah mereka..
yang penting ialah kami sekeluarga sangat enjoy berada disini..
seronok betul menikmati keindahan laut di waktu petang..
setelah kepenatan selepas mandi laut selama berjam-jam...
Kami mula menikmati sungguh sungguh percutian nie.. kami ambil gambar.. jalan-jalan.. mandi.. dan jalan-jalan lagi.. nyaman sungguh..
Hammock merata - rata.. jadi bila rasa letih boleh baring.. bila terbuai-buai.. kena pula dengan tiupan angin laut.. fuh...
Inilah Dining Area kami. Chalet kami terletak di sebelah kanan gambar tu.. hujung nun..
Masya Allah.. Subhanallah.. cantik sungguh kan..
Resort - resort disini berdekatan dan tiada pagar.. jadi rajinlah kami berjalan - jalan disekitar.
Waktu kami berjalan dan tiba di Redang Beach Resort, kami lihat ada Kopitiam.. cadang nak beli air kosong sahaja.. tapi bila nampak ada Logo Halal.. kami pun makan burger dan mee.. harga disini mahal sikit sahaja.. rasanya lebih kurang harga makanan di Genting Highland...
Selepas itu pun kami berjalan - jalan lagi disekitar kawasan pantai sebelum mandi laut pula pada petang itu..
Budak gembira..
Mujurlah ada baby carrier Pognae yang digunakan sejak Nurdini berumur 7 bulan hingga ke 2.5 tahun ini.... berjasa sungguh.. kalau tak nak bawak dia berjalan-jalan macam kita.. mestilah penat kan..
petang tu ada hujan gerimis sedikit.. ombak jadi bergelora.. tapi pada kami inilah time nie la best mandi.. lawan ombak..
Kedai Runcit dan Cenderahati..
Di resort berdekatan, ada juga kedai runcit dan cenderahati, kami adalah juga beli t-shirt, jajan, pandol.. dan fridge magnet.. dekat RM100 juga dihabiskan disini..
peringatan, jangan lupa beli barang - barang keperluan macam tu sebelum naik feri yea..
Hari Terakhir
Semalam redup dan hujan renyai di waktu petang, tapi berbeza dengan hari ini, panas semula.. laut pun tenang sahaja..
Kami bersiap awal nak bertolak pulang ke Kuala Terengganu..
Check-out ialah pada pukul 10.00 pagi dan feri akan sampai pukul 11.00.. maka kami pun sajalah keluar awal, awal sejam gitu..
Tapi nasihat kami tak payahlah keluar awal.. check-out sahaja macam biasa..
Relax sahaja dalam chalet.. sebab nanti berjam-jam menunggu feri tu.. waktu hampir feri sampai tu akan ada berpuluh atau beratus orang yang akan check-out dari semua resort dalam masa yang sama.. dan mereka juga akan menunggu feri yang sama.
Nanti akan berebut tempat duduk, tempat berteduh dan macam2 lagi..
Bila feri sampai, disebabkan terlalu ramai, (adalah 5 kali ganda ramainya dari waktu kami datang, jadi semua akan berebut untuk naik. Dipendekkan cerita kami pun dapatlah naik feri tapi Papa Tot dan beberapa orang lagi terpaksa berdiri sepanjang perjalanan hampir 2 jam itu.. kami sangat kecewa.. sebab ternyata yang feri ini mengambil lebih muatan..
Waktu pulang pun aircond tak berapa nak berfungsi.. ramai yang bising sebab panas.. berpeluh-peluh semua.. tingkap pula tak boleh buka.. dan budak-budak kecil ramai yang meragam sebab rimas agaknya..
Namun seperti biasa pasti ada yang membantu.. yang agak tersentuh seorang brader nie sanggup beri mama tot duduk untuk pangku Nurdini.. dan beliau pula berdiri sama dengan Papa Tot sepanjang perjalanan.. Allah pertemukan kami dengan orang yang baik - baik untuk membantu setiapkali dalam situasi yang agak sukar..
Syukur Alhamdulillah..
kami amat berterima kasih kepada semua yang telah membantu..
Semoga Allah sahaja yang membalasnya.. ^_^
Sampai sahaja di jeti, naik kereta, dan mama dan papa tot pun bergilir - gilir driving balik terus ke rumah.
Penat jangan cakap... tapi hati yang puas Allah sahaja yang tahu..
Bagi yang belum ke sini.. mungkin boleh cuba sekali..
Sedikit info yang mungkin boleh membantu:
Hotel Transit : Seaview Hotel
Resort di Pulau Redang : Redang Lagoon
Pakej yang ditawarkan termasuk - Tiket feri (pergi / balik), Tempat tinggal, makanan - sarapan, makan tengahari, minum petang, bbq dan makan malam, snorkeling dan lawatan ke Architectural Village.
Lihat harga pakej terbaru disini : Rates & Packages
19 Comments
Best baca kisah percutian kat sini macam join cuti sama... Zumal tersinggah dr link kat IG :)
ReplyDeleteTerima kasih Zumal sebab sudi singgah ke blog kami,
DeleteNanti boleh cuba pakej yang kami ambil tu.. berbaloi cuti - cuti Pulau Redang ☺
tengah cari pulau redang.. jumpa blog ni.. foloo
ReplyDeleteTerbaik.. nice..
ReplyDeleteThank you...
assalamualaikum.nk tanya ada kedai2 mkn tak dekat dgn redang beach resort tu. betul ke resort tu telertak jauh dr resort lain.sbb sy ada baca mcm kena naik bot lain je nk ke resort ni. terima kasih atas bantuan
ReplyDeleteWaalaikumsalam, kedai makan ada disekitar jea.. hanya jalan kaki, kedai runcit pun ada. Resort ini letaknya hanya bersebelahan dengan resort - resort yang lain..
DeleteResort lain tu mungkin yang terletak di Pulau Kapas. Sebab ada nampak mereka yang turun di Pulau Redang dan naik bot lain untuk ke Pulau Kapas.
ops sori, tersalah resort la.redang island resort...tapi apa komen u ye pasal resort ni.tq
ReplyDeleteasslama kak, macam mna nak contact no. redang lagoon ni ye. sy cube call yg no ni, +609-666 5020/18 tapi xdpt...
ReplyDeleteWaalaikumusalam, selain nombor tu akak tahu dik, boleh cuba dan cuba lagi.. sebab akak google pun still nombor sama yang keluar.. based on experience before, email mereka tak check :(
DeleteCall me.0179799773
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteMenarik ceritanya awk..tak sabar pulak rasanya..kami 1 fmly baru bcadang nak ke redang dlm bln 10 ni inshaaAllah..nak tanya perferakan kat sana mmg berjalN kaki shj ye? Ada anak berusia 3tahun..ada apa2 suggestion x? Thanks
Waalaikumsalam,
DeleteMemang kat sana pergerakan berjalan kaki sahaja, kecil sahaja pulaunya. Kalau dengan sikecil 3 tahun aktviti bermain pasir yang seronok, sebolehnya bawak sandcastle toys kesana. Kudap - kudapan kalau boleh beli dan bawa sebelum ke pulau, sebab harga memang beza sesangat.
Need by package to redang.just call this no.0179790773
ReplyDeleteSalam :) kalau tak keberatan boleh share tak berapa harga pakej semasa di pulau redang tu? Terima kasih
ReplyDeletews,
Deletewaktu ini kalau tak silap harganya RM280, tapi baru - baru nie kami pergi RM300, ada yang kami jumpa dapat harga paling murah di matta fair RM260 sahaja.
boleh cuba nego lain kali :)
Sape2 berminat nk ke p,redang bleh call/wasap no ini:
ReplyDelete0179799773 atau lawat fb page saya:
Holiday runner
salam...nak tanya duduk bilik apa yg kat redang lagooon..twin sharing or quad ya..ol tak bilik..tqqq
ReplyDeletews, kami amik pekej untuk 2 dewasa dan 2 kanak - kanak, kat sana baru mereka kasi bilik, twin sharing waktu mula - mula pergi tu, yang terbaru kami dapat quad.
DeleteAssalamualaikum...nk tnye la...mse pick pakej tu amek quad ke twin...pe beza nye ye...
ReplyDelete