Wetotla berpeluang ke Car Boot Sale at Melawati untuk melihat - lihat barangan dan juga bershopping sedikit. Barangan yang dijual disini terdiri dari kelengkapan rumah, tudung, cadar, hinggalah ke barangan antik dan mainan yang dikategorikan sebagai Collector's Item.

Seronok jalan - jalan ke sini, boleh rambang mata dibuatnya.. barangan pula boleh dikatakan rare, bukan yang kita boleh selalu dapat di Bazaar - bazaar kebiasaan itu. 

Jualan dibuka seawal 7 pagi hinggalah ke 1 tengah hari pada setiap cuti hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad. 

Yang lebih menarik, pada hari Sabtu jualan dibuka semula pada malam hari bermula dari pukul 7 - sehinggalah 12 malam.

Kalau ada kesempatan boleh cuba datang sini. Ini pun gambar yang sempat kami ambil.. kalau ikutkan banyak lagi jualan - jualan menarik yang tak terakam oleh kami. 

Barangan hiasan rumah berkonsepkan English Garden.

Boleh tahan ramai orang disini, namun tak begitu sesak.. masih boleh jalan - jalan.

Mencari peralatan Golf 2nd hand?
Memang kena singgah satu - satu gerai disini untuk melihat.


Hampir tak terpilih kan..

Mujur waktu kami singgah tak bersama anak bujang.. kalau tidakk.. 
 Di gerai ini, sempat papa ToT menyambar sehelai baju.. harga sangat berpatutan, lebih murah dari tempat lain yang beliau pernah beli sebelum ini.



Ini gerai rakan kami..  menjual Hot Wheels, tudung dan pakaian muslimah jenama AtMoslema dan barangan kecantikan.

Jangan lupa singgah ke gerai mereka.



via : FB 

via : FB 



Memang rambang mata bila kesini. barangan rate dan vintage sangatlah banyak. Kalau ikutkan hati memang nak shopping sakan jea.. (hehe)..

Bagi yang inginkan info,

Car Boot Sale at Melawati

Sabtu : 7am - 1pm (sesi pagi) | 7pm - 12am (sesi malam)
Ahad : 7am - 1pm (pagi shj)

018-353 6303

GPS : 3.211088, 101.752082

TIPS : Cari BH Petrol dan Caltex yang bersebelahan, dan anda akan jumpa tempat ini.