Wetotla meraikan harijadi anak dara kami yang keempat dengan membuat surprise di pagi hari dan selepas itu kami ke Morib Gold Coast. Kali ini kami tukar konsep memberi hadiah iaitu bukan barang, tapi kami berikan kenangan manis dan juga pengalaman menarik untuk beliau ingat sampai bila - bila.


-----

Waktu ini pukul 7 pagi, abang yang selalunya tidur semula selepas solat subuh, kena standby di meja makan untuk surprise kan adik, mata sembab anak bujang nie.


Kek adik kali ini, kami beli di Bakeri Pistachio


Disebabkan haritu adik ada surprisekan Mama Tot dengan bunga, kali ini Papa Tot kata jom kita surprisekan bunga pulak pada harijadinya.


Keluar sahaja dari bilik tidur, Birthday Girl kena surpriseeed!



Muka tak mandi lagi semua nie, tapi anak dara nampak sangat hepinya, jadi malu - malu.



A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on


Selesai sahaja makan kek, kami pun teruslah bersiap - siap untuk ke Gold Coast Morib, Mama Tot dah beli Groupon 1 malam disana dan kami nak check in awal untuk dapatkan gelang dan masuk terus mandi.

Sebelum nie kami tak tahu, tunggu sampai waktu check in biasa dalam pukul 3 petang tu, jadi tak puas la anak - anak nak mandi.

Kali ini kami terus gerak pepagi, brunch di kawasan Kancong Darat dan terus sahaja check-in. Walaupun tak dapat bilik terus, tapi boleh terus masuk mandi. Angkutlah semua beg, dan makanan ke kawasan waterpark. Takmo tinggal dalam kereta pasal terlalu panas, lagipun barang2 untuk tido satu malam sahaja, sikit sangat.

Dalam pukul 12.00 tengah hari tu sajalah bertanya di lobi, bilik dah ready ke, rupanya dah! Best betul. Rezeki kali ini dapat bilik King Size pula, jadi besar dan lebar, selesai check-in dapat terus masuk ke kawasan waterpark. Dah puas bermandi manda, kami naik dan sambung pula mandi dalam jakuzi dalam bilik.

Bagi yang nak tengok deal terbaru mereka boleh ke Groupon Malaysia


Hasil kerja budak - budak nie, habis berbuih dikerjakan dalam tu. Mainlah puas - puas yea birthday girl.

A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Ini serba sedikit kami kisah  Birthday Celebration di Gold Coast Morib.