Waktu temankan mak ke Hospital Serdang untuk buat mri, kebetulan dibahagian lobi tu ada banyak gerai - gerai kecil menjual barangan dan makanan, selalunya kosong sahaja, macam ada event atau showcase camtulah.. 

Dalam dok lalu tu, ternampaklah gerai yang menjual makanan Korea, boleh tahan ramai orang kat situ. Emak mama tot (uwan), seperti biasa kalau nampak makanan korea mestilah berminat sesangat. Peminat drama Korea emakku ini tau..


Kami dioffer dan cubalah rasa tester kimchi mereka, memang sedap sebab pedas! 

Selalu beli kimchi tak sesedap nie.. rasa biasa - biasa sahaja... yang buat sendiri dulu pun tak dapat pedas gini.. 😁

Maka, kami tangkaplah satu... 😎

Bibimbap.

Lepas tu tengok pulak ada dijual bibimbap pada harga RM10 sebekas, dalam tu siap ada daging, kimchi seaweed dan salad. Uwan semestinya nak cuba... maka  kami pun order lah.. tak dapat nak terus beli sebab waktu tu mereka tengah masak nasi untuk 2ndbatch.. 1st batch dah terjual 50bekas dah 😮


Sambil menungu tu, kami berborak, kisahnya.. bisnes makanan ini diusahakan oleh sepasang suami isteri yang sebelum ini telah tinggal di Korea selama 7 tahun ketika sambung belajar disana.

Sekarang, mereka cuba usahakan produk makanan Korea yang halal yang menggunakan bahan alami supaya ramai khususnya Muslim boleh menikmatinya..

Selain tu kami juga ade beli sos pedas (lupa namanya 😜) yang selalu dimakan dengan bibimbap tu.. 

Ingat nanti sos tu nak campur dengan kuah bila masak mee sup, megi ataupun masukkan dalam nasi goreng.. gaul sekali... fuh 😋


Anyways kalau berminat nak cuba mana - mana produk mereka, follow lah FB page OmmaSón HQ sebab next booth di Putrajaya katanya.. dan kemana sahaja mereka pergi akan diupdate dalam facebook tu.