Kami suami isteri memang hantu kopi, dari asalnya suka minum Nescafe, kemudian beralih membeli 3in1 iaitu kopi instant terutamanya White Coffee hinggalah kini sudah sukakan serbuk kopi yang kami "brew" sendiri dirumah.

Sebabnya kami bertukar dari instant coffee, ialah kerana mengelakkan penggunaan gula putih yang melampau, memang sejak bertukar nampak sangat kesannya pada tubuh badan. Selain turun berat badan, kesan pada kulit, mood dan kecergasan memang ketara.

Sekarang, dengan hanya bermodalkan coffee maker (ala yang selalu orang dapat sebagai hadiah kahwin tu), freshly grounded coffee dan gula organik ataupun gula low g.i dari CSR. Tambahkan susu fresh milk dah sedikit fresh cream, dapatla Latte versi rumah kami.


Lepas dah bertahun beli kopi, maka kami dapatlah tentukan kopi mana yang kami suka, selalu beli di Tesco sahaja, dan kami sukakan Columbian 3 coffee berbanding Italian 4 Medium dan French 5. Kalau minum yang Italian tu siap Mama Tot terasa berdebar - debar melampau. Jadi Columbian 3 tu memang terbaik. Ini cerita pasal harga mampu dibeli kami.. kalau nak cerita pasal premium tu tak terbeli la kot, sebab kami minum hari - hari.



Pada satu hari, ada post di dalam Facebook group berkenaan saudara Aizuddin dari Blend.com.my ini ada menjual kopi yang diimport dari luar negara, beliau ada mentioned yang dari Columbia, Brazil, Vietnam dan banyak lagi. 


Maka tergeraklah hati nak mencuba, try dulu tengok harga. Biasalah kena tengok poket jugak. Bila ditanya, dengan pantas beliau reply harganya untuk kopi yang kami gemari itu dan wow.. harganya hanya berbeza sedikit sahaja.

Maka haruslah dicuba kan.

Setelah buat appointment untuk datang beli di kedai, maka sampailah kami ke situ. Kedai beliau takde lagi papan tanda tau, memang menunggulah dalam kereta tertanya - tanya mana satu yea kedainya. Baru sangat rasanya kedainya ini.


Bila beliau tolak roller shutter yang menutup kedainya, benda pertama yang akan nampak ialah mesin coffee roaster yang gah ini melalui cermin kaca depan kedai.

Memang gah. 

Bila diperkenalkan diri masing - masing, beliau terus menceritakan serba sedikit tentang mesin berteknologi tinggi ini. Cerita tentang susah payahnya beliau membelinya dari luar negara, tax yang dikenakan dan pengalaman beliau membeli mesin pertama yang terpaksa dihantar semula ke luar negara kerana tak boleh digunakan. Ini ialah mesin kedua. 

Kagum, memang kagum sungguh dengan kecekalan beliau berniaga.


Beliau juga memberi penerangan tentang bagaimana kopi dibakar. Segala tips dan ilmu diberikan secara terperinci, sambil beliau tunjuk nota pada suhu keberapa akan menghasilkan kualiti yang bagaimana untuk kopi beliau jual. Maka, bertambahlah ilmu kami tentang dunia kopi. 


Borak punya borak lagi, rupa - rupanya asalnya beliau berniaga kopi vietnam dibahu jalan sahaja dan dari situlah beliau dapat "ibu duit" yang mana beliau kembangkan sehingga hari ini sehingga memiliki sebuah kedai.


Siapa suka minum kopi vietnam pastinya kenal dengan "stainless steel coffee filter" ini kan? Ada dijual dikedai beliau kalau ada yang mencari.

Beliau juga ada tunjukkan cara dan peralatan "brewing" kopi cara klasik dengan menggunakan paper coffee filter. 


Lepas tu, kami ditunjukkan pula dengan stok - stok kopi beliau yang ada di dalam kedai dan dari mana kesemuanya datang. Kesemua biji kopi ini diimport dari negara asal, akan datang mereka nak import dari Indonesia pula.


Juga bila kami ada sentuh tentang harga sesetengah kopi yang terlalu mahal, beliau ada tunjukkan juga jenis specialty coffee yang harganya sampai mencecah RM170/kilo keatas. 

Yang ini kena faham - fahamlah kalau harga dijual sampai RM79 - RM90/200gram.

 

Sebelum balik, kami beli Columbia coffee, kopi diambil dan ditimbang dari guni.


Tang tu jugak beliau terus hancurkan biji kopi itu dengan coffee ground machine yang menghasilkan bau semerbak dalam kedai tu. 



Bila ditanya, apa kelebihan beli dengan beliau berbanding beli on shelves di pasaraya. Jawapannya ialah kalau beli di situ, lama dah mereka hancurkan biji kopi itu sebelum di pek dan dihantar ke pasaraya dan menunggu dibeli pelanggan. 

Berbanding membeli dari beliau terus, biji kopi dikisar mengikut tempahan dan kira lebih segar dan lebih sedap sewaktu diminum.


Maka satu pek Columbian Supreme 100% Arabica Coffee dibawa pulang ke rumah untuk dicuba. 

Post ini ditulis lepas kopi dicuba. Sememangnya nak repeat order, dan boleh beli lebih sikit lepas nie!

Pendapat kami, perniagaan beliau boleh pergi lagi jauh kalau kebanyakkan kafe dan restoran menjadikan beliau sebagai pengedar tunggal kopi dan bagi pengguna seperti kita, dapat beli terus barangan berkualiti pada harga patut.


Jom support!

TERKINI: Bagi yang nak cuba beli, mereka kini sudah ada di Shoppee!


Blend Coffee Roasters,
No 3, Jalan Ramal 1/1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor.
+60 10-359 3719