Sekali sekala, kami akan buat rutin deep cleaning iaitu mencuci balkoni pulak.  Selalunya kami mop seminggu sekali, sama dengan rutin mengemas dalam rumah, tapi cuci betul - betul iaitu dengan menyental, sabunkan dan cuci - pasu - pasu semua kami buat dalam jangkamasa 3 bulan sekali. Sebab lantai dah dicat epoxy, (lihat post terdahulu ini) jadinya senang nak cuci dan tak licin berbanding tiles kat bilik air bila terkena sabun.

Balkoni ini banyak kutip habuk dan sawang pada tempat - tempat yang kita jarang bersihkan, sebabnya lokasinya diluar rumah. Kami pulak jenis yang menanam, jadinya tanah, pasir, daun - daun kering memang ada sahaja yang terselit dimana - mana walaupun dah dibersihkan.

Tips kami dalam membersihkan balkoni ini, ada beberapa perkara yang kami buat: 
  • Disebabkan balkoni kami dipagar dengan kaca, maka kami gunakan pencuci pinggan untuk basuh cermin itu. Memang mama tot suka gunakan pencuci pinggan terutama brand Sunlight untuk bersihkan kaca, tiles, ceramik yang ada coating tu. Memang bersih!
  • Gunakan dua jenis kain untuk mengelap kaca! satu yang masa basah, lepas tu gunakan kain yang kering. Memang spotless!
  • Cuci pasu terutama dibahagian bawah yang selalu menakung air dengan berus dan sabun pencuci baju. Clay yang takde coating nie memang bersih kalau disabun dengan sabun serbuk pencuci baju.
  • Lantai pula, sental dengan stain remover cap Tesco atau apa-apa cap, sebab sama jea bau produknya.. OEM kot.. haha tapi apepun memang bersih habis.
  • Kalau ada bahagian yang berkarat, macam rak penyangkut baju ke, atau kerusi dan meja yang diletakkan disitu, berus sehingga tanggal karat tu. Nanti melekat pada lantai, kotor dan tak elok pun simpan barangan berkarat. Jangan lupa lap kering - kering tau.
  • Untuk lantai yang dah di berus dengan sabun tu, kami pastikan benar - benar bebas sabun dan mop hingga kering. Sudah di mop tu, kami ambil towel lama, pijak dengan kaki dan lalukan pada balkoni sehingga kering garing.
Cara kami tu mungkin berguna pada anda, tak sikit sebanyak dapat jugak kita sharing cara mengemas kan.